Apa itu BARAKAH PRACTICE?

Sebuah piawaian yang menitikberatkan soal keberkatan dengan menerapkan tuntutan dan adab-adab Islam dalam setiap aspek perniagaan. Piawaian ini merangkumi sudut pengilangan, pengurusan, pemasaran dan kepenggunaan.

Aspirasi BARAKAH PRACTICE adalah untuk menggarap keredhaan dan barakah Ilahi dalam setiap sudut kehidupan khususnya kegiatan mencari rezeki yang halalan toyyiban. Demi mencapai maksud ini, piawaian BARAKAH PRACTICE berpaksikan Al-Quran dan As-Sunnah yang sahih bagi mengenalpasti tuntutan dan amalam wajib setiap Muslim dan juga amalan umum yang sangat digalakkan.

Dari aspek pengilangan, BARAKAH PRACTICE menitikberatkan hasrat dan halatuju industri pengilangan itu sendiri. Sumber dan kesucian bahan mentah, proses pengilangan yang menghormati adab & akhlak Islam serta penghasilan produk yang benar-benar memberi kesan kepada kualiti hidup pengguna.

Mengapa BARAKAH PRACTICE?

Menggarap redha dan keberkatan Ilahi adalah paksi utama di dalam Jihad Bisnes Ana Edar Sdn Bhd. Perniagaan bukanlah semata-mata bermatlamatkan keuntungan. Pingcang diakhirnya sekiranya tujuan sebuah bisnes hanyalah laba berlipat ganda. Apa jua aktiviti dalam kehidupan kita, keredhaan Allah wajib dicari dan diburu. 
Menepati namanya, BARAKAH PRACTICE menjadi tulang belakang kepada Jihad Bisnes di Ana Edar Sdn Bhd. Dengan hasrat, redha ditelusuri dalam setiap aktiviti, barakah dikecapi dalam setiap produktiviti, Ana Edar yakin, misi memburu barakah ini mampu untuk dilaksanakan.
Berdasarkan piawaian BARAKAH PRACTICE, setiap produk yang dihasilkan menepati syarat Halalan Toyyiban yang menitikberatkan keberkatan dan keredhaan selain kebersihan.
Antara matlamat utama BARAKAH PRACTICE ialah untuk melahirkan usahawan yang tidak hanya berjaya mengecapi kemewahan dunia, tetapi juga kemewahan akhirat. Umum mengetahui, bisnes adalah sunnah sekiranya dijalankan mengikut tatacara Islam.
Usaha kita di dunia, sekiranya lurus mengikut Ak-Quran dan As-Sunnah, maka akan terpancarlah tanda-tanda Barakah darinya. Apakah tanda-tanda Barakah? Ikuti sesi Training BARAKAH PRACTICE yang di adakan di HQ Ana Eda Sdn Bhd. InsyaAllah, jawapannya ada di sana.

Prinsip Utama BARAKAH PRACTICE

ISLAH [Penambahbaikan] 100%
AMANAH [Kebertanggungjawaban] 100%
ITQAN [Bersungguh-sungguh] 100%
ISTIQAMAH [Konsisten] 100%
IHSAN [Empati] 100%

Mentor BARAKAH PRACTICE

<strong>Ustaz Pahrol Bin Muhamad Juoi</strong>
Ustaz Pahrol Bin Muhamad JuoiPenasihat Fitrah Perkasa Sdn Bhd
Mula berkecimpung di dalam bidang konsultasi pada tahun 1999 dan masih aktif sehingga kini. Mendapat pengiktirafan ‘Certified Trainer’ untuk Pembangunan Sumber Manusia Berhad (PSMB).
<strong>Haji Muhammad Nasib Zawawi</strong>
Haji Muhammad Nasib ZawawiPengarah Operasi Fitrah Perkasa Sdn Bhd
Pernah diundang menyampaikan konsultasi di USA, Kanada, Jepun, UK, Holland, Perancis dan Jerman. Giat menjalankan Dakwah & Pembangunan Insan di China. Menjadi Trainer kepada beberapa syarikat terkemuka sehingga sekarang.
<strong>Haji Hashim Ahmad</strong>
Haji Hashim AhmadPengarah Program Fitrah Perkasa Sdn Bhd
Mula menceburkan diri dalam bidang konsultasi pada tahun 1978 sehingga sekarang. Mendapat pengiktirafan ‘Certified Trainer’ untuk Pembangunan Sumber Manusia Berhad (PSMB). 

Training Terkini BARAKAH PRACTICE

promosi-500