Sabda Nabi S.A.W “Sesiapa yang menjamu makanan berbuka kepada orang yang berpuasa, maka dia akan memperolehi pahala seperti pahala orang yang berpuasa itu tanpa dikurangi sedikit pun pahala orang yang berpuasa itu.” Hadis riwayat Imam Tirmizi.
Berkesempatan di bulan Ramdhan Al-Mubarak, tanggal 4 Julai 2015, Ana Edar Sdn Bhd sekali lagi merebut peluang pada tahun ini dengan mengadakan majlis iftor bertempat di Dewan Sri Iskandar, Setiawangsa, Kuala Lumpur. Majlis dijadualkan bermula pada pukul 4 petang dan berakhir pada pukul 8 malam.
‘Bunting’ dengan gambar Duta Qaseh Gold, Ustaz Haslin Baharim menyambut para tetamu bermula dari susur masuk ke parkir dewan. Bangunan lima tingkat itu menyediakan parkir bermula dari tingkat 1 hingga tingkat 4. Dewan Sri Iskandar terletak pada tingkat 5 bangunan tersebut. Senyuman Duta Qaseh Gold pada ‘bunting’ menyapa setiap tetamu di setiap tingkat parkir saat keluar sahaja dari lif.
Di hadapan pintu gerbang dewan, kelihatan 2 orang petugas Ana Edar dengan penuh mesra menyambut tetamu yang hadir. Tiada tema warna pada kali ini, hanya tema ‘ikhlas & berkat’. Meja telahpun tersusun dengan kerusi rapi tersorong ke dalam. Kedengaran alunan nasyid-nasyid tempatan dan luar negara dari corong-corong pembesar suara. Cahaya kalimantang putih menyerlahkan lagi suasana tenang dewan yang mempunyai bumbung dengan bentuk hemisfera melengkung. Cahaya mentari petang mencuri masuk di sebalik langsir bewarna kuning keemasan dari cermin lutsinar di kiri dan kanan dinding dewan. Nyaman berhawa dingin…
Seusai para tetamu memnuhi dewan, forum perdana dengan tajuk ‘Menebar Qaseh Ramadhan di Bulan Keberkatan” dimulakan. Forum telah dimoderasi oleh Ustaz Azalee selaku Executive Syariah Ana Edar. Barisan ahli panel pula terdiri daripada Duta Qaseh Gold sendiri, iaitu Ustaz Haslin Bin Baharim dan seorang panel jemputan khas, Ustaz Syed Mohd Norhisyam Tuan Padang.
Forum tersebut telah membicarakan soal jawab berkaitan puasa dan kelebihannya. Antara yang menarik untuk dikongsi ialah persoalan sahur di malam hari, adakah harus ataupun tidak. Ustaz Syed telah memberikan satu tamsilan sebagai jawapan, “Adakah harus jika kita melakukan solat sunat duha dengan penuh keikhlasan selepas waktu maghrib?” Tawa kecil para tetamu bergema seketika. Jawapan tersebut memberi erti bahawa sahur harus dilaksanakan pada waktu sahur, bukannya pada waktu lain. Seperti solat duha yang sepatutnya dilaksanakan pada waktu duha, bukannya selepas maghrib.
Antara lain juga, soalan berkaitan maqasid puasa yang mana Allah menghendaki kita untuk merasai lapar dan dahaga seperti orang-orang yang tidak berkemampuan. Tetapi, apakah hukum sekiranya seseorang itu mengambil minuman khasiat Qaseh Gold yang boleh memberikan tenaga berpanjangan di siang hari berpuasa?
Agak serius cara Ustaz Haslin menjawab persoalan tersebut. Tekan Ustaz Haslin, ilmu mengenai kurma sebagai makanan Sunnah masih kurang di negara kita. Kelebihan, kahsiat, kebaikan dan faedah yang besa daripada kurma belum kita terokai 100 peratus. Tegas Ustaz Haslin lagi, tiada istilah bahawa kurma melanggar maqasid puasa yang dikehendaki dalam Islam. Tetapi itulah rahsia mengapa kurma di sebut di dalam Al-Quran. Sehinggakan ada hadis Nabi yang menyatakan bahasa nabi pernah berpuasa hanya dengan sahur sebiji kurma!
Duta Qaseh Gold itu juga menekankan berkenaan bantuan kepada mangsa banjir di Kelantan yang masih berada dalam pemerhatian Ana Edar. Disediakan juga tabung-tabung kemanusian di setiap meja bagi memudahkan para tetamu untuk menyumbang. Besarnya pahala bersedekah di bulan Ramadhan hanya Allah Taala sahaja yang tahu.
Diakhir program, turut diadakan penyampaian hadiah kepada mereka yang mencapai sasaran jualan dan menunjukkan prestasi cemerlang sepanjang bulan lepas. Cenderahati ini diberikan sebagai tanda penghargaan dan juga sebagai lonjakan untuk para rakan niaga dalam meneruskan usaha mempromosi produk Qaseh Gold. Tahniah diucapkan kepada semua!
Tepat pukul 7 malam, para tetamu dijemput untuk mengambil juadah bagi persediaan berbuka puasa. Hidangan secara ala buffet itu ditempatkan pada 4 buah mejadi bahagian kiri dan kanan dewan. Antara hidangan istimewa pada kali ini ialah nasi briyani, kari kambing dan acar buah. Turut disediakan buah-buahan sebagai pencuci mulut. Antara lain yang menarik ialah hidangan sate berkuah kacang serta nasi himpit bersulam timun. Surau untuk para tetamu menunaikan solat maghrib juga disediakan.
Menghampiri jam 8 malam, kelihatan para tetamu beransur pulang. Juga kelibat Ustaz Syer Norhisyam yang kelihatan bergegas beredar meninggalkan dewan. Difahamkan beliau akan mengimamkan solat tarawikh pada malam ini.
Majlis bersurai sejurus sebelum solat Isyak bagi menghormati solat tarawikh yang bakal didirikan. Alhamdulillah, sekali lagi ucapan syukur kepada Allah Taala kerana mengizinkan majlis pada kali ini berjalan dengan lancar dan sempurna. Isya Allah, legasi ini akan diteruskan lagi pada tahun-tahun yang mendatang, amin.