sememangnya isu pemakanan adalah isu yang sangat penting dalam Islam kerana ianya membentuk darah daging manusia itu sendiri. Islam telah menentukan halal dan haram dalam makanan dan minuman. Diharamkan kepada manusia makanan dan minuman yang berpunca daripada rezeki yang haram, beracun dan memudaratkan serta makanan dan minuman yang memabukkan.

Artikel ini akan menjelaskan sedikit kekeliruan dikalangan segelintir orang Islam berkenaan dengan LARANGAN MENCAMPURKAN KURMA DENGAN KISMIS iaitu anggur kering sebagaimana hadith Bukhari daripada Jabir r.a yang maksudnya : Nabi melarang campuran kismis dan buah tamar kering dan buah tamar muda dan buah tamar basah.

Dalam riwayat Abu Daud ada hadith yang lebih kurang sama mafhumnya daripada Abu Qatadah r.a yang maksudnya : Nabi melarang campuran anggur kering yakni kismis dengan kurma.

Larangan campuran kismis dan kurma juga terdapat dalam hadith-hadith riwayat Imam Tarmizi dan juga Nasa’i. Hadith-hadith tersebut telah disalahtafsirkan dan mengelirukan orang ramai.

Imam An-Nawawi Rahimahullah melihat hadith tersebut dengan penuh cermat sebagai tokoh ilmuan Islam yang terkemuka, beliau telah menjelaskan kehendak hadith tersebut di dalam kitab Syarah Sahih Muslim. Para ulama’ menyatakan bahawa sebab timbulnya hadith larangan campuran ini ialah kerana orang Arab Jahiliyah menggunakan teknik campuran kurma dengan kismis bagi menghasilkan arak secara mudah dan murah di rumah-rumah mereka.

alcohol

Para ulama’ dengan penuh teliti menyatakan bahawa apabila disahkan sesuatu campuran minuman atau makanan tiada alkohol dan tidak memudaratkan, maka ianya termasuk dalam hukum yang umum iaitu “Asal hukum sesuatu itu ialah harus“, suatu kaedah di dalam Usul Fiqh.

Para ulama’ dengan penuh bertanggungjawab menyatakan bahawa sebab larangan campuran kismis dengan kurma ialah apabila matlamatnya ialah untuk menghasilkan arak, jika niat untuk menghasilkan arak maka barulah ianya dilarang.

Sebagaimana yang diketahui, formulasi Qaseh Gold Junior juga dirumus dengan campuran kurma dan kismis di samping bahan-bahan lain yang mempunyai khasiat tersendiri. Sebagai pencerahan, berdasarkan penjelasan di atas, tidaklah jatuh hukum HARAM bagi sesuatu minuman atau makanan yang dicampurkan kurma dan kismis dalam kandungannya. Untuk pengetahuan juga, produk Qaseh Gold Junior dihasilkan menurut piawaian GMP oleh pengilang serta pengamalan BARAKAH PRACTICE di dalam penghasilan dan pemasaran.

Sebagai kesimpulannya, tiada unsur “larangan” di dalam penghasilan Qaseh Gold meskipun kurma dan kismis dijadikan formulasinya dan Qaseh Gold Junior selamat untuk diamalkan tanpa keraguan.

Olahan dari ulasan Al-Fadhil Ustaz Mohd Fauzi Mustafa | PENJELASAN ISU LARANGAN CAMPURAN KURMA & KISMIS