Senario 1
Di perkarangan parkir kereta, kompleks Summit, Kuala Lumpur.
Zam: Man, ko nampak tak pintu masuk Hotel Summit?
Man: Ntah, tak nampak lagi ni…
Zam: Cube ko roger upline ko, kita tak daftar lagi ni…kalau VIP tak pe la..
Man: Ko ni pun..kita cari la dulu..aku tau la kat perak takde Summit Hotel. Senang je nak cari ni aku rasa..
Zam: Wei Man, ko nampak tak kat pintu kaca gelap tu, Ustaz Haslin beb! Tu pintu masuk tu aku rasa. Jom2!
Seawal jam 6.00 petang, kelihatan para tetamu sudah mula memenuhi ruang legar utama Ballroom. Juga kewujudan pentas mini dengan ‘background’ yang dihiasi logo Qaseh Gold menjadi tumpuan majoriti para tetamu untuk bergambar kenangan. Seusai solat maghrib, para tetamu mula memenuhi ruang dewan yang telah berhias serba gah nan indah. Pancaran cahaya dari lampu ‘spotlight’ dengan pelbagai corak maya bersimpang siur seolah-olah mencari laluan di dinding dewan. Sayup kedengaran dari sudut kanan hadapan dewan, gema muzik gamelan yang dialunkan oleh Nusantara Band. Pentas utama dengan dekorasi tema utama ‘hitam emas’ tersergam indah menanti majlis dimulakan.
Tepat jam 8.00 malam, barisan tetamu VIP mula mengambil tempat di meja VIP pada barisan hadapan bertentangan pentas utama. Tirai majlis dibuka dengan bacaan doa dari Duta Qaseh, Ustaz Haslin Bin Baharim. Para tetamu seterusnya ditayangkan dengan montaj korporat Ana Edar Sdn Bhd. Turut ditayangkan montaj Barakah Practice yang bakal menjadi nadi kepada Ana Edar dalam segala sudut pengurusan dan pemasaran secara berperingkat.
Senario 2
Di meja makan nombor 17, sekumpulan rakan niaga rancak berbual sesama meraka.
Aris: Korang nampak tak sape kat atas pentas tu?
Imad: Nampak, macam Awal Ashari pon ada..
Enol: Aku rasa memang Awal la korang…
Aris: Memang la Awal Ashari..ni mesti korang tak baca promo kat web qaseh2u.com kan…
Imad: Aku ada tgk la poster iklan kat FB Qaseh2u..tapi aku nampak gambar Ustaz Haslin je kot..
Aris: Ko tengok sebelah mate tu mad…(sambil ketawa) Tak pe2, kita layan jom..
Malam Extravaganza 2014 membawakan Awal Ashari sebagai pengacara utama pada kali ini. Gandingan mantap dengan Saudara Ismail Bin Kasim Selaku vokal rasmi Ana Edar menggamatkan lagu suasana di dalam dewan.
Majlis kemudiannya diteruskan dengan Ucap Tama dari Pengarah Urusan Ana edar Sdn Bhd, En. Luqman Bin Othman. En. Luqman merakamkan jutaan penghargaan kepada semua rakan niaga atau rania yang telah berjaya sehingga ke tahap ini dan bakal menerima anugerah dengan penuh berprestij.
Seterusnya, ucapan penuh kasih sayang disampaikan oleh Presiden Ana Edar Sdn Bhd, Puan Hajjah Esah Binti Omar. Bagai seorang ibu, nasihat yang diberikan seakan memukau deria pendengaran dan penglihatan para tetamu. Pesan seorang ibu punyai aura tersendiri. Pesannya pesan dua dunia. Pesannya untuk dua kehidupan. Berniaga bukan hanya untuk dunia, tetapi juga untuk habuan di akhirat.
Majlis kemudiannya diteruskan dengan gimik atau simbolik pelancaran disertai montaj seakan-akan filem mission impossible. Satu simbolik yang memukau para tetamu. Sejurus berakhirnya gimik tersebut, hidangan istimewa Chinese Course bermula.
Tibalah majlis pada acara pra kemuncak dengan penganugerahan Kick Start Award 2015. Untuk rekod, anugerah ini hanya layak disertai oleh rakan-rakan niaga yang menghadiri program KICK OFF 2015 pada 10 Januari di Experimental Hall, UIAM Gombak. Kepada semua rakan niaga telah berjaya memenangi anugerah pada malam tersebut, Tahniah diucapkan!
Senario 3
Sambil leka menjamah hidangan Chinese Course, tiba-tiba muzik rancak kedengaran.
Tina: Eh, ape pulak muzik tetibe rancak ni?
Mimi: Ntah..sedap jugak ikan 3 rasa ni kan..(sambil terus makan)
Seseorang yang berserban dan berjubah naik ke atas pentas dengan iringan muzik rancak tadi.
Tina: Mimi, aku rasa ni la Iwan Syaman yang ada kat iklan poster Malam Extravaganza.
Mimi: Aku rasa ikan ni pelik sket la, sebab digoreng tepung, jadi terlalu rangup.
Tina: Ya Allah..ko ni mimi, aku cakap pasal penyanyi kat atas pentas tu la…!
Mimi: oh, sory2 (sambil mengunyah sisa makanan dalam mulut). A,aa..tu la Iwan. Dulu dia penyanyi dangdut, sekarang dah berhijrah.
Tina: Ye ke…Alhamdulillah…baru aku tau..
Mimi: Dah ko dok layan lagu cintan je tetiap masa, mane ko nak tau lagu nasyid cenggini…
(Kedua-dua tertawa riang)..
Artis jemputan pada kali ini ialah Iwan Syaman. 3 buah lagu telah dipersembahkan untuk tatapan para tetamu. Anugerah seterusnya ialah President’s Club. Seramai 171 orang rakan niaga telah memenangi anugerah ini. Tahniah juga diucapkan!
Sebagai menghargai para tetamu, sesi cabutan bertuah telah diadakan. Pelbagai hadiah termasuk perkakasan elektrik yang merangkumi TV LED, microwave, juicer dan lain-lain lagi. Selain itu, terdapat 3 ipad yang diperuntukkan untuk cabutan bertuah special. Pakej percutian ke Bandung bersama Duta Qaseh, Ustaz Haslin Baharim dinobatkan sebagai cabutan bertuah Mega!
Majlis gilang gemilang ini diteruskan lagi dengan penganugerahan Overseas Trip, Corporate Rania, Top 10 Rania, Top 10 PP, Top PPW dan Top PPN. Anugerah kemuncak, Anugerah Kelab Jutawan mengakhiri sesi penganugerahan pada malam ini.
Sebelum majlis melabuhkan tirai, pihak Ana Edar dengan kerjasama Nasyid dot com selaku pengurus majlis Malam Extravaganza telah memberikan satu kejutan dengan menampilkan Juara Anugerah Nasyid IKIM 2015, Daqmie dengan lontaran vokal tinggi melalui lagunya “Tangis Sepohon Tamar”.
Majlis bersurai pada pukul 12.00 malam dengan penuh semangat dan kenangan indah. Ana Edar Sdn Bhd mengucapkan jutaan terima qaseh kepada semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan program Malam Extravaganza pada kali ini. Semoga kita bersua lagi pada Malam Extravaganza 2015!