13 Jun 2015, Dewan Utama Kg. Pengantin Kuala Lumpur sekali lagi menyaksikan peristiwa bersejarah pelancaran produk terbaru Ana Edar Sdn Bhd, Qaseh GOJES selepas pelancaran Qaseh Gold Premier 26 April yang lalu. Majlis bermula tepat jam 8.30 malam dengan Kak Bad, DJ Rradio Sinar.fm sebagai pengacara majlis.
Sesuai dengan warna rasmi Qaseh GOJES, merah jambu dipilih sebagai tema pada kali ini. Seramai hampir 500 hadirin & hadirat menjadi tetamu istimewa Ana Edar pada majlis pelancaran ini. Ucapan santai pembuka majlis digamatkan dengan seloka mesra dari pengacara majlis yang mencetuskan gelak ketawa sepoi.
Majlis diteruskan dengan ucap tama daripada CEO Ana Edar Sdn Bhd, Encik Luqman Othman sebagai pembuka tirai majlis. Encik Luqman Othman meneruskan legasi keluarganya menerajui Ana Edar Sdn Bhd yang telah ditubuhkan sejak 32 tahun yang lalu. Antara yang dipetik dan ditekankan oleh beliau, menjadi rakan niaga sahaja tidak bermkana hanya mengamalkan dan menjual, tetapi harus mempunyai ilmu berkaitan produk yang diamalkan dan dijual tersebut. Penting untuk setiap rakan niaga menguasai ilmu sesuatu produk sebelum turun berkongsi dengan masyarakat umum.
Sebagai rekod, Ana Edar Sdn Bhd sentiasa menekankan aspek halal, suci, bersih dan berkat di dalam satiap produk yang dihasilkan. Wujudnya BARAKAH PRACTICE yang diamalkan sehingga sekarang adalah berdasarkan faktor-faktor ini. Ujar Encik Luqman lagi, tanpa ilmu, mungkin keuntungan boleh diperolehi, tetapi keberkatan sukar didapati. Matlamat Ana Edar, keuntungan kita keuntungan dua dunia, dunia yang bakal binasa dan dunia yang kekal abadi.
Untuk pengetahuan umum, Qaseh GOJES diilhamkan oleh Puan Hasniza, Selaku Pengarah Eksekutif & Konsultan Kesihatan Ana Edar, di atas kesedaran untuk mewujudkan produk kecantikan dan kesihatan yang halal lagi suci pada syarak. Qaseh GOJES diformulasikan dengan kolagen marin, bunga teratai, ceri, argan, bunga sakura, dan astaxanthin. Formulasi ramuan Sunnah Qaseh GOJES menawarkan pilihan terbaik masakini untuk mereka yang mementingkan kesihatan secara selamat dan semulajadi.
Sesi seterusnya diteruskan dengan forum santai ilmu daripada barisan ikon terkemuka yang menerangkan tentang aspek kesihatan dan kecantikan menurut Islam. Ustaz Haslin Baharim, Duta Qaseh Gold, Puan Hasniza, Pengarah Eksekutif & Konsultan Kesihatan Ana Edar, dan Ustazah Isfadiah, selaku jemputan khas ikonik kepada Qaseh GOJES.
Antara fakta menarik yang dikongsikan oleh Ustazah Isfadiah mengenai ‘kecantikan dalaman’, beliau memetik sebuah hadis Nabi yang menceritakan 4 penghulu wanita di dunia, Maryam binti Imran, Asiyah binti Muza, Khajidah binti Khuwailid dan Fatimah binti Muhammad. Keempat-empat tokoh ini diuji oleh Allah Taala dengan ujian yang luar biasa hebatnya.
Beliau menyimpulkan terdapat beberapa persamaan yang boleh diambil iktibar daripada sejarah hidup mereka ini. Pertama, iman yang ‘kelas’. Kedua, jiwa yang tidak mudah terpengaruh. Ketiga, Tawakal yang sangat ‘gojes’. Keempat, ketabahan di tahap ‘gaban’.
Kecantikan dalaman mereka membolehkan iman dan jiwa mereka sentiasa yakin dan percaya serta berpegang teguh dengan janji Allah. Inilah konsep kecantikan dalaman yang difokuskan selaras dengan kecantikan luaran. Tambah beliau lagi, apabila dalaman cantik, maka yang terserlah pada zahirnya juga kan cantik.
Percaturan ilmiah tersebut dihangatkan lagi dengan buah kata dari Ustaz Haslin Baharim. Cantik itu wajib!Demikian telahan beliau. Cantik itu dituntut dalam Islam. Allah suka kepada kecantikan. Dari sudut hubungan kekeluargaan, kecantikan seorang isteri akan lebih menyerikan rumah tangga. Ibu adalah role model dalam keluarga. Cantik dan kemas seorang ibu akan ditiru oleh anak-anak dan juga suami tanpa disedari.
Walaubagaimanapun, biar cantik itu kerana Allah. Biar cantik itu untuk Allah. Harmoninya sesebuah rumah tangga akan mengundang redha Allah. Biar cantik itu mengundang keberatan dari Allah. Tambah ustaz Haslin lagi, “you are GOJES when you eat GOJES”.
Disambung pula oleh Puan Hasniza, cantik yang diinspirasikan oleh Qaseh GOJES ialah cantik luaran dan cantik dalaman. Dari aspek luaran, GOJES berfungsi untuk menyihatkan organ terbesar pada tubuh badan kita iaitu kulit. Kulit yang sihat akan mencantikkan penampilan seseorang. Perlu diingat, kulit adalah amanah dari Allah yang wajib dijaga sebaiknya untuk memberi manfaat yang sebaiknya. Dari sudut dalaman pula, rumusan Qaseh GOJES yang diformulasikan daripada bahan semulajdi membantu fungsi organ-oragan dalaman untuk bekerja dengan lebih efisyen. Tidak hanya cantik, tetapi juga sihat!
Forum tersebut berlangsung selama lebih kurang 45 minit. Para tetamu kemudian diberikan pelaung untuk memenangi pelbagai hadiah menarik berupa pelbagai barangan elektri melalui cabutan bertuah. Tahniah kepada semua pemenang yang bertuah!
Slot seterusnya diambil alih oleh NLP Trainer Ana Edar, Encik Nasiron Ngadi. Beliau membakar semangat para rania dengan teknik-teknik dan strategi-strategi bagi menyahut cabaran Istanbul 2015! Pelbagai tips dikongsikan dan diperjelaskan. Kedengaran sahutan sorakan semangat daripada hadirin bergema di dewan tingkat tiga tersebut.
Hadirin seterusnya dihidangkan dengan santapan makanan secaca buffet. Kuih muih dan pencucui mulut turut disediakan. Suatu kejutan telah dilakukan oleh Pihak Ana Edar dengan menjemput Daqmi and the gang untuk mempersembahkan alunan lagu-lagu islamik secara live unplug sepanjang hadirin menjamu selera. Sebagai rekod, Daqmi telah memenangi anugerah Nasyid IKIMfm pada tahun 2014 yang lalu.
Majlis menutup tirai pada pukul 11.30 malam. Sebagai tanda penghargaan, setiap hadirin diberikan satu set Qaseh GOJES secara percuma sebagai cenderahati. Juga sebuah mug istimewa Qaseh GOJES.
Pihak Ana Edar mengucapkan ribuan terima qaseh kepada semua hadirin yang telah sudi meluangkan masa menghadiri majlis pelancaran Qaseh GOJES. Masa dan jasa anda kami hargai. Semoga kita berjumpa lagi di dalam cabaran Extravaganza Istanbul! – Memartabatkan Ekonomi Ummah –