Ustaz Haslin Baharim, Duta Qaseh Gold yang bernaung di bawah syarikat Ana Edar Sdn Bhd telah dipilih untuk sama-sama menjayakan Program Pelayaran Islamik sebagai salah seorang daripada Ikon Pelayaran Islamik 4.0.
Program pelayaran bersama ikon-ikon Islamik terkemuka tanah air ini telah dianjurkan oleh IntraTama Travel Consultant & Tours dan beberapa penaja bersama yang lain. Dengan objektif untuk memperkenalkan peserta bagaimana Islam mengajar dan memberi panduan kepada umatnya ketika bermusafir di lautan, pelayaran ini akan berlangsung selama 4 hari bermula 8 hingga 11 Mac 2015.
Antara pengisian ketika pelayaran ialah:
- Cara mengetahui kedudukan arah qiblat
- Pelajari Solat Jamak dan Qosor
- Ceramah dan Kuliah
- Qiyamullail
- Zikir & Selawat
- Soal Jawab bersama Ustaz
- Program Ziarah
- Makan Malam Kesyukuran
Pelayaran di atas Kapal Star Cruise Aquarius yang akan bermula di Penang akan melalui Phuket dan Krabi sebelum kembali semula ke Penang. Sebagai Duta Qaseh Gold Kekanda, Adinda dan Junior, penglibatan Ustaz Haslin Baharim di dalam pelayaran ini turut membanggakan kami sebagai salah sebuah entiti yang turut sama berurusan secara langsung dengan Al-Fadhil ustaz. Sayabas diucapakan kepada Ustaz Haslin.
Untuk pengetahuan, Program Pelayaran Islamik ini merupakan satu-satunya pelayaran Islamik pertama seumpamanya di Malaysia. Satu usaha yang patut dipuji kerana program ini bakal memberi pencerahan secara mendalam dan meluas kepada rakyat Malaysia khususnya.
Dua lagi ikon yang digandingkan dengan Ustaz Haslin pada pelayan tersebut ialah Ustaz Syed Norhisyam dan Prof. Muhaya yang masing-masing merupakan penceramah bebas dan pakar motivasi.
Kami dari Ana Edar Sdn Bhd mendoakan keselamatan dan kesejahteraan sepanjang pelayaran yang bakal mendatang. Doa kami agar segalanya berjalan lancar dan beroleh rahmat daripada Allah Taala.
Maklumat lanjut mengenai pelayaran boleh diakses di SINI