Bagi menghargai usaha dan kegigihan barisan staf-staf, Ana Edar Sdn Bhd pada 1 hingga 4 Disember 2014, telah ‘melayarkan’ semua staf ke pulau bersejarah tinggalan Mahsuri, iaitu Pulau Langkawi. Kata orang “jauh perjalanan, luas pengalaman”. Percutian selama 4 hari 3 malam ini bertujuan untuk memberi ruang bagi mencari idea-idea baru di samping merehatkan minda dari tugasan kerja.
‘Pelayaran’ bermula di Ibu Pejabat Ana Edar. Tepat jam 10.30 malam, bas bertolak meninggalkan greenwood menuju destinasi pertama, Jeti Kuala Pelis. Perjalanan kami memakan masa lebih 6 jam! Kami tiba di Jeti Kuala Perlis pada pukul 5.40 pagi. Kelesuan akibat duduk lama di dalam bas terubat dengan pemandangan Masjid Al-Hussain di keheningan pagi. Masjid yang terbina di persisir pantai itu amat mengujakan. Sesekali terasa hembusan bsyu ombak lembut menampar pipi. Syahdu…
Seusai menunaikan solat subuh, kami bersarapan di Jeti Kual Perlis sambil menunggu masa untuk ‘check-in’. Feri kami bertolak pada pukul 8.30 pagi menuju ke destinasi utama, Pulau Langkawi! Suasana menaiki feri hampir sama seperti memandu kereta. Tidak terasa sangat ‘gelombangnya’. Mungkin kerana penumpang ramai, feri pun stabil tanpa terumbang ambing. Mungkin…
Sesampainya di Jeti Pulau Langkawi, kami disambut oleh Tavel Agent dari Rentas Holiday. Sebuah bas yang bernombor plat KDG 70 siap sedia menunggu kami untuk meneruskan ‘pelayaran’ pengembaraan di sekitar Pulau Langkawi. Bas berwarna hijau muda dengan warna kontra merah jambu cair. Abg Jo, nama driver bas kami. Bas tersebut setia bersama kami sehingga hari terakhir di sini.
Destinasi pertama kami ialah Agro Technology Park MARDI. Sebuah kawasan pertanian yang menjalankan penyelidikan fokus kepada penanaman buah-buahan tempatan. Dari jalan raya lagi pemandangan pohon-pohon buah dapat dilihat memandangkan kawasannya yang meliputi tanah bersebelahan jalan raya. Kami dibawa mengelilingi kawasan seluas 27.39 hektar itu dengan dengan menaiki lori pickup yang telah diubahsuai dengan dipasang kerusi panjang berbaris lima tanpa ‘dinding’ kiri, kanan dan belakang. Selesai ‘tawaf’, kami dihidangkan dengan pelbagai buah-buahan yang sedang masak ranum di situ. Antaranya tembikai, nangka, tembikai susu, belimbing, mangga dan nanas. Apa yang menariknya, semua pelawat dibenarkan makan tanpa had! Tambah dan tambah..dan tambah lagi!
Destinasi kedua ialah sebuah kawasan perusahaan minyak gamat yang terkenal di Langkawi. Kami di’tayang’kan bagaimana gamat di’masak’ untuk dijadikan ubatan tradisional. Untuk rekod, gamat sebesar lengan akan dimasak di dalam kuali kawah yang telah di’formulasi’kan dengan pelbagai jenis akar kayu. Kuantiti gamat bagi sebuah kuali ialah 5 hingga 6 ekor. Tempoh memasak ialah 7 hari 7 malam dengan kepanasan api yang konsisten. Turut dipamerkan berbagai jenis ubatan minyak yang berasakan gamat bagi pelbagai kegunaan untuk dijual. Sekali imbas, gamat seperti kurma, menyimpan pelbagai jenis khasiat! Kami juga dipromosikan dengan sejenis minyak yang dinamakan “sepuntum”. Menurut pengusaha, minyak ini berasal daripada akar kayu yang dimasak selama 21 hari tanpa henti! Sehinggakan penggunaannya hanya perlu disapu tanpa perlu diurut.
Destinasi kami yang seterusnya…santapan! Kami dibawa ke restoran yang menghidangkan masakan ala kampung! Serius, memang sedap! Selesai menyantap, bas KDG 70 terus menuju ke hotel. Pelayaran hari itu berakhir. Tentatif di hotel, berehat dan acara bebas.
Selasa, 2 Disember 2014. Aktiviti bermula pada pukul 7.30 pagi, sarapan pagi. ‘Operasi’ pertama pada hari ini ialah menakluk Gunung Mat Cincang dengan manaiki “Cable Car”. Suasana di perkarangan Gunung Mat Cincang agak sesak dengan pegunjung. Mungkin kerana waktu cuti persekolahan. Tidak kurang jugak pengunjung dari luar negara. Sebelum menaiki cable car, kami diberikan peluang untuk merasai pengalaman menaiki rollercoster secara simulasi. Sebuah bangunan khas yang berbentuk separa kon dengan muatan lebih kurang 50 orang dan dilengkapi dengan pemancar projektor 4 dimensi. Satu pengalaman yang berbeza. Agak pening-pening lalat selepas keluar dari Sky Dome tersebut.
Beratur selama 20 minit memang agak menguji kesabaran. Syukur, sampai juga giliran untuk menaiki cable car. Rasa ‘terbalas’ 20 minit tadi selepas melihat keindahan pemandangan Gunung Mat Cincang dari dalam cable car. MashaAllah, amat indah alam ciptaan tuhan.
Untuk pengetahuan, yang menggerakkan cable car ialah cable, bukannya cable car. Cable car mempunyai satu mekanisma di bahagian atasnya untuk mencengkam cable. Kabel-kabel yang membawa cable car naik dan turun digerakkan oleh sistem gear yang besar di setiap stesen pemandangan. Setakat lawatan kami, terdapat 3 stesen pemandangan yang beroperasi dan dua stesen lagi dalam proses pembangunan. Stesen tertinggi atau top station dilengkapi cafe dan tandas awam. Juga terdapat pelbagai booth dengan pelbagai servis.
Selebriti sinonim dengan popular. Itulah yang berlaku kepada Duta Produk Qaseh Gold, Ustaz Haslin Jazlin. Setiap perjalanannya akan disapa oleh peminat. Seperti biasa, bila disapa, pasti bergambar! Agak ‘sibuk’ sekiranya bergelar selebriti. Tapi, setiap peminat akan dilemparkan dengan senyuman oleh Ustaz Haslin. Begitulah beliau, murah dengan senyuman dan gurauan. Kalau anda nak kenal gerangan orangnya, beli mana-mana produk Qaseh Gold, pasti anda jumpa wajahnya!
Aktiviti seterusnya ialah Mangrove Tour. Hari ini hari pertama kami menaiki bot di lautan. Destinasi pertama kami ialah pulau kasut. Pelik bunyinya kan? Bukanlah pulau yang dipenuhi dengan kasut, tetapi bentuk fizikal pulau tersebut sekiranya dilihat dari jauh dengan sedikit imaginasi, pasti akan nampak bentuk kasut! Informasi baru yang kami dapat, Pulau Langkawi mempunyai gugusan pulau lain yang berjumlah 99. Keseluruhannya menjadi 100 pulau. Pulau yang ke-100 dinamakan Pulau Seratus oleh penduduk tempatan.
Menaiki bot laju yang dikuasakan oleh enjin 100cc ke atas amat mengujakan. Hanya 8 hingga 10 orang penumpang sahaja dibenarkan untuk sebuah bot. Kami dibawa ke suatu bahagian laut yang berhampiran dengan kawasan pokok bakau. Enjin bot dimatikan. Pemandu bot mencampakkan kulit ayam yang telah dicincang sebagai umpan kepada helang yang berterbangan disitu. Satu kelebihan yang Allah berikan kepada burung helang, pandangan dan jarak fokus mata burung helang sangatlah tajam. Walaupun berada tinggi di udara, cincangan daging yang dicampak tadi masih dapat disambar dengan tepat!
Sejarah, berdasarkan ‘sanad’ yang sohih, langkawi adalah gabungan dua suku kata. Lang bermaksud Helang, dan kawi bermaksud pulau. Banyak sejarah yang boleh dikoreksi di Pulau Langakawi. Antara yang masih menjadi buah mulut masyarakat sehingga sekarang ialah kisah sumpahan mahsuri dan beras terbakar.
Kenyang rasanya helang-helang di situ kerana agak ramai bilangan bot yang datang melemparkan umpan pada ketika itu. Kami meneruskan perjalanan ke Gua Kelawar. Sesekali bot kami melanggar gelombangan air laut, terasa seperti bot terhentak pada benda keras. Seolah-olah kita memandu kereta dan melangar lubang di jalan raya. Hebatnya air ciptaan Allah. Boleh diminum, boleh mengalir, boleh mengewap. Tetapi, dalam keadaan tertentu, lembutnya bertukar sekeras batu!
Gua Kelawar terletak di salah sebuah gugusan pulau. Ruang gerbangnya yang agak kecil dan rendah menyukarkan kami untuk menelusur masuk. Badan perlu dibongkokkan. Kami dibekalkan lampu suluh dengan kadar sewaan RM1 bagi menyuluh kelawar-kelawar yang sedang tidur di bumbung gua. Pesan ‘penjaga’ gua, flash kamera tidak boleh diaktifkan, dikhuatiri akan mengejutkan kelawar. Stalaktit dan Stalagmit yang mempunyai bentuk yang unik juga dapat dilihat di sini. Salah satu Stalagmit yang tergantung di luar gua mempunyai bentuk yang agak pelik, ekornya membengkok naik ke atas, seolah-olah ‘mengejar’ cahaya mentari. Masa kami mengeksplorasi gua tersebut lebih kurang 15 minit.
Dari jeti Gua Kelawar itu juga dapat diperhatikan ikan-ikan belacak merangkak ke persisir pantai. Sebelum terlupa, gua tersebut di kelilingi persekitaran pokok bakau yang menjadi habitat terbaik ikan belacak. Entah apa hikmahnya belacak dijadikan oleh Allah Taala, yang pasti, ada hikmahnya!
Sekali lagi, kami dibawa ke pulau yang mempunyai geo fizikal berbentuk penyu. Kali ini agak sukar diimaginasikan berbanding pulau kasut kerana tumbuhnya pokok-pokok yang menjejaskan bentuk ‘penyu’nya. Bot kami terus meluncur laju sehingga sampai di sebuah pulau yang dinobatkan sebagai Kilim Geoforest Park.
Sepanjang perjalan pulang, terfikir di minda, perlu tak produk Qaseh kepada pengusaha-pengusaha bot di sini? Mencari kemungkinan dan kebarangkalian, apakah kewajaran khasiat Qaseh Gold perlu bagi mereka? Masih terfikir…
Sambil melayan keletihan dalam kegembiraan, bas kami meluncur laju menuju Under Water World. Sebuah tempat yang merialisasikan fenomena kehidupan di dasar laut. Pelbagai hidupan akuatik dapat disaksikan di sini. Pelbagai spesis hidupan laut yang jarang ditemui juga dipamerkan disini.
Pada sebelah malamnya, sesi briefing santai bersama CEO Ana edar, En. Luqman, Duta Qaseh Gold, Ustaz Haslin dan Consultant Ana Edar, En. Nasiron diadakan sambil menikmati juadah makan malam. Sesi ringkas ini bertujuan untuk memberi gambaran kepada staf-staf mengenai hala tuju Syarikat Ana Edar di masa mendatang.
Juga diadakan sesi ‘suaikenal sempoi’ sesama staf yang dikendalikan oleh En. Nasiron. Tentatif malam, pulang ke hotel dan acara bebas.
Rabu, 3 Disember. Aktiviti pertama pada hari ini Island Hopping. Dengan kata mudah, aktiviti ini akan ‘membasahkan’ kami sepanjang hari. Pulau pertama, mandi pantai. Orang pertama yang membuat terjunan bebas ialah Duta Qaseh Gold, Ustaz Haslin Baharim sambil sambil mengheret Izzuddin selaku eksekutif pemasaran Ana Edar. Terjuanan dan terjahan yang menghiburkan!
Antara permainan yang diaksikan oleh staf-staf Ana Edar ialah formasi piramid manusia. Aksi ini dilakukan di dalam laut separas dada. Terdapat 3 lapisan piramid. Lapisan pertama, barisan yang menjadi tonggak atau dasar. Saling merapatkan bahu dan berpegangan dalam bulatan. Lapisan kedua, mereka ini akan menjadikan bahu lapisan pertama sebagai dasar untuk berdiri, dan kemudiannya merapatkan bahu dan berpegangan dalam bulatan juga. Lapisan yang ketiga, mereka akan menjadikan bahu lapisan kedua sebagai dasar untuk berdiri dan berpegangan dalam bulatan. Satu permainan yang amat menguji stamina tubuh! Setelah 3 kali ‘rebuild’ barulah kami dapat satu piramid yang kukuh! Untuk rekod, En.Luqman selaku CEO Ana Edar turut sama menjadi dasar atau tonggak lapisan yang pertama, you are the best!
Bot seterusnya membawa kami ke beberapa gugusan pulau lagi dan kami diberi taklimat mengenai setiap pulau oleh pengemudi bot. Pulau terakhir yang kami lawati ialah Dayang Bunting. Apa yang menariknya, di tengah-tengah pulau tersebut terdapat sebuah tasik air tawar! Menurut kepercayaan masyarakat tempatan, sesiapa yang mandi di tasik ini akan dipermudahkan untuk mendapat anak atau zuriat.
Tasik yang dimaksudkan ini sangat dalam. Diakatakan bahawa dasar tasik tersebut tidak diketahui kedalamannya. Juga terdapat tempat untuk merendam kaki sambil di’urut’ oleh kelompok ikan keli.
Di hujung jeti tasik terdapat permainan seakan basikal air yang disewakan dengan kadar RM30 untuk setengah jam. Basikal air yang memuatkan 2 penumpang pada satu-satu masa itu dilengkapi dengan sistem kayuhan elektrik berkala dengan fungsi kayuhan ke hadapan dan ke belakang. Amat membantu sewaktu penat mengayuh dengan kaki.
Aktiviti di sebelah petang pula amat menarik perhatian golongan hawa. Segala kepenatan dapat dilupakan oleh mereka. Shopping!! Kami dibawa membeli-belah di tiga tempat. Pasaraya Billion untuk memborong coklat. Kedua, tempat membeli pinggan mangkuk dan perhiasan rumah. Tempat terakhir ialah Group Haji Ismail (GHI) yang popular dengan pelbagai variasi bagasi berkualiti.
Malam terakhir kami di Langkawi, kami dibawa makan malam di restoran Cina Muslim, Wan Chan. Kata Tourist Guide kami, restoran ini antara yang terbaik di Langkawi dan sangat berbaloi untuk mencubanya. Restoran dua tingkat itu menyediakan pelbagai hidangan yang berkonsepkan ala-ala Cina dan mempunyai keunikan rasanya yang tersendiri.
Khamis, 4 Disember. Kami check out pada pukul 12 tengahari dan bertolak ke Jeti Pulau Langkawi. Kami tiba di Ibu Pejabat Ana Edar pada pukul 1.00 pagi. Alhamdulillah, segalanya dipermudahkan oleh Allah Taala. Tiada sebarang kemalangan atau kecederaan sepanjang pelayaran. Melangkahnya kaki kami menaiki bas dari Jeti Kuala Perlis, maka berakhirlah pelayaran kami di pulau seribu sejarah ini…
Semoga dengan inisiatif ini dapat merangsang lebih semangat kepada semua staf untuk memberi lebih komitmen terhadap Ana Edar Sdn Bhd. Tidak dilupa juga, jutaan terima qaseh kepada CEO Ana Edar, Encik Luqman di atas peluang yang telah diberikan ini. Juga kepada Saudara Izzuddin selaku Person In Charge bagi percutian ini di atas segala perhatian dan tanggungjawab. Kepada cameramen tegar Ana Edar, Saudara Amran, terima kasih di atas komitmen yang tidak berbelah bahagi. Saudara Zul dan Daus yang sering membuatkan rombongan tidak kering gusi. Ustaz Haslin Baharim, terima kasih kerana sudi menyertai kami. Seloroh dan jenaka yang tidak menjemukan.
Akhirnya, ribuan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan percutian pada kali ini. Segala kekurangan harap dimaafkan. Semoga ukhwah kita berpanjangan dan diberkati oleh Allah Taala. Amin.