Terima Qasih kerana berminat dengan Qaseh Gold sebagai salah satu sumber pendapatan anda. Kami yakin, anda telah memulakan satu langkah bijak untuk meningkatkan taraf ekonomi anda dan keluarga di samping meningkatkan taraf kesihatan berteraskan Sunnah. Kami juga yakin, ada hikmahnya mengapa anda sampai ke laman web ini.

Sebelum bermula, tepuk dada, tanya diri anda!

  • Kos sara hidup meningkat?
  • Gaji sekarang tidak mencukupi?
  • Bebanan hutang setiap bulan?
  • Tahap kesihatan masih rendah?
  • Perlukan makanan kesihatan tambahan?
  • Ingin jalankan bisnes sendiri?
  • Nak merasa jadi bos sendiri?
  • Simpanan masa depan belum ada?
  • Masih tiada tanah dan rumah sendiri?
  • Nak jadi kaya untu membantu orang lain?
  • Hasrat untuk bantu orang lain lebih sihat, gembira & ceria?

Tanyakan lagi pada diri anda, apa tindakan anda?!

Bayangkan, dengan peningkatan taraf hidup dari sudut ekonomi, dengan kenaikan minyak, kos sara hidup, perubatan, pelajaran, keperluan diri, keperluan anak-anak, pengangkutan, tanah, rumah…mampukah ditampung oleh gaji anda sekarang?

Dari sudut kesihatan, tubuh badan anda pada hari ini, jika tidak di’selenggara’ dengan baik, mampukah ia bertahan untuk tahun-tahun mendatang? Kita tahu & sedar, kesihatan tidak boleh dijual beli. Yang sakit tidak boleh membeli, yang sihat tidak boleh menjual, itulah kesihatan. Ambil tindakan! Mulakan dari sekarang!

Setiap yang besar bermula dengan yang kecil!

Mulakan langkah kecil anda untuk memperbaiki dan mengubah kehidupan anda dan keluarga di masa mendatang.  Kejayaan tidak tiba dalam sekelip mata. Mulakan usaha anda, berusaha dan belajar.

Sertai kami!

Produk Qaseh Gold adalah keluaran bermutu tinggi Syarikat Ana Edar yang ditubuhkan pad tahun 1983. Ana Edar adalah syarikat bumiputera Islam yang sudah lebih 30 tahun mengeluarkan dan memasarkan produk Halalan Thoyyiban dengan pelbagai pengiktirafan. Menjadi rakan niaga Ana Edar bermakna anda memiliki perniagaan anda sendiri. Produk sudah tersedia, hanya kongsi kebaikan dengan rakan-rakan di tempat kerja, dalam media sosial dan di mana-mana sahaja! Tidak lupa juga ahli keluarga dan sanak saudara

 


Sertai kami di Ibu Pejabat Ana Edar dengan menyertai program MARKETING PLAN yang akan disampaikan secara langsung oleh unit Marketing Ana Edar Sdn Bhd. Sila rujuk KALENDAR untuk mengetahui program terkini yang bakal diadakan.

kalendar-klikKami menanti dan mengalukan kehadiran anda ke program kami! Kebanyakan program di Ibu Pejabat Ana Edar adalah percuma. Anda akan menerima pelbagai tips berguna dari leader-leader yang sedang dan telah berjaya. Juga, perkongsian secara langsung dari bahagian marketing Ana Edar, Consultant Ana Edar, NLP Department dan Rakan Niaga yang berpengalaman. Kami menantikan kehadiran anda!!