Menjawab persoalan berkaitan isu Sijil Pengesahan Halal, kami memohon agar semua pihak berlapang dada dan bersabar kerana usaha kami tidak pernah terhenti bagi tujuan ini. Terima qaseh kepada seluruh jemaah ana atas kesetiaan anda kepada produk qaseh dan keprihatinan anda terhadap isu status halal produk istimewa ini. Insya Allah kami di Ana Edar juga sentiasa memperjuangkan bukan sahaja status halal, malah turut menekankan piawaian Halaalan Toyyiban demi meraih keberkatan ilahi. Sebagai pencerahan, kami sinopsiskan keadaan yang berlaku sekarang untuk rujukan semua pihak.
Pada tahun ini (2015), pihak kami telah menukar vendor bagi meningkatkan kualiti produk keluaran Ana Edar Sdn Bhd. Walaubagaimanapun, vendor yang baru ini juga dimiliki oleh 100% bumiputera Islam dan 100% pekerja muslim sebagai mana yang sebelumnya. Vendor yang baru ini juga ini juga mengamalkan MMP (Muslim Manufacturing Practice) untuk memelihara kebersihan dan kesucian produk yang dikeluarkan dari segi bahan mentah dan juga proses pengilangan itu sendiri. Berdasarkan piawaian JAKIM, Sijil Halal perlu dipohon semula walaupun menggunakan formula sama dan ada sijil yg aktif, disebabkan pertukaran vendor.
Untuk pengetahuan semua juga, pihak Ana Edar sendiri telah menetapkan piawaian yang dikenali sebagai BARAKAH PRACTICE bagi menitikberatkan soal halal, suci dan keberkatan.
Sebagaimana biasa, proses mendapatkan pengiktirafan halal yang baru akan memakan sedikit masa memandangkan proses kelulusan pengiktirafan ini adalah rigid dan rumit bagi memastikan kehalalan sesuatu produk.
Untuk memberi keyakinan kepada semua pihak, sila lihat sijil Halal yang lama seperti di bawah:
InsyaAllah, pihak Ana Edar Sdn Bhd sedang berusaha untuk mempercepatkan proses mendapatkan sijil halal tersebut bagi memudahkan semua pihak. Kami berterima kasih sekali lagi di atas kesabaran semua pihak dalam menghadapi situasi ini.
Kami komited untuk memberi yang terbaik dari kami dan terbaik untuk semua.