Bunting 1Dari sudut ekonomi, bisnes Multi-Level Marketing (MLM) atau dikenali juga sebagai Network Marketing merupakan salah satu bentuk bisnes menjana pendapatan secara sambilan atau sepenuh masa yang semakin berkembang malah KPDNK mensasarkan industri MLM bakal menyumbang RM10 billion kepada pendapatan negara. Jelas menunjukkan bahawa bisnes ini mempunyai masa depan yang sangat cerah dan membuka ruang dan peluang yang sangat besar kepada semua yang berminat untuk menjadi usahawan MLM.

Dari sudut syariah, timbul beberapa persoalan, adakah bisnes MLM merupakan satu perniagaan yang dihalalkan Islam? Apakah punca atau faktor yang mengharamkan bisnes MLM? Adakah perasaan curiga anda ‘Adakah bisnes MLM sebagai punca rezeki untuk keperluan, kehendak dan keselesaan keluarga tersayang bebas daripada perkara syubhah dan gharar’ masih menghantui anda?” Zaman Nabi dan sahabat dulu ada ke MLM? Dalam kitab Feqah ada ke hukum MLM?…

Persoalan demi persoalan yang bermain di minda ANDA bakal dijawab secara tuntas dalam program ‘Soal Jawab MLM Patuh Syariah’ oleh Pengerusi Panel Syariah Dr. Zaharuddin dan Ahli Panel Syariah Prof. Madya Dr. Azman Mohd Noor.

Kekuatan MLM Syarikat Ana Edar Sdn. Bhd. melalui Jihad Bisnes dan Barakah Practice mampu bertindak sebagai pemecah aktiviti monopoli  pasaran serta pemangkin umat Islam untuk mengembangkan produk Halalal Tayyiban Mubarakan.Sekiranya kita merujuk konsep Muamalat Islam, monopoli adalah suatu perbuatan yang ditegah oleh syarak.

barakah-practice-logo-black-shadow

Justeru, program ini merupakan pencerahan secara EKSKLUSIF buat RANIA Qaseh Gold untuk meningkatkan pemahaman dan keyakinan untuk terus teguh bersama-sama bisnes syarikat MLM Ana Edar Sdn. Bhd. Patuh Syariah.

Untuk pengetahuan umum, Barakah Practice meruapkan sebuah piawaian yang menitikberatkan soal keberkatan dengan menerapkan tuntutan dan adab-adab Islam dalam setiap aspek perniagaan. Piawaian ini merangkumi sudut pengilangan, pengurusan, pemasaran dan kepenggunaan.

InsyaAllah, marilah kita bersama-sama mempertingkatkan lagi ilmu dan kefahaman berkaitan pensyariatan bisnes dalam Islam. Jumpa anda semua di sana!!