Taklimat Garam Sole telah disampaikan oleh En. Borhannudin Mohd Sharif selaku Konsultan Garam bagi Ana Edar. Ana Edar pada ketika ini mempromosikan 2 jenis garam iaitu Garam Masakan dan Garam SOLE.
Tidak seperti garam biasa, garam SOLE ini merupakan garam bukit asli dari Himalaya. Kajian moden mendapati bahawa terdapat pelbagai jenis penyakit yang dapat diubati dengan garam. Sebagai pengetahuan am, garam merupakan antiseptik semulajadi yang aktif membunuh kuman! Program ini juga banyak mendedahkan kepada Rania bagaimana garam berfungsi sebagai penawar kepada penyakit terutama produk “Sole”. Program ini juga mendedahkan bagaimana Garam Sole didapati dan dapat digunakan dalam merawat pelbagai jenis penyakit kronik seperti Diabetes, Darah Tinggi, Asma dan sebagainya. Juga dikongsikan bagaimana cara terbaik untuk mempromosikan produk Garam SOLE keluaran Ana Edar. Program telah berlangsung dengan jayanya dan dihadiri oleh seramai 40 orang peserta.
Sekiranya anda berminat untuk mengetahui lebih lanjut, kami amat mengalu-alukan kehadiran anda ke program kami. Tidak memerlukan syarat untuk menjadi peserta bagi kebanyakan program kami. Rajin-rajinkan diri anda untuk sentiasa melawat laman web rasmi kami bagi mengetahui program terkini yang akan diadakan. Anda juga boleh klik pautan “calendar” di bawah ini untuk mengakses maklumat mengenai program-program kami sepanjang tahun. Kami menantikan kehadiran anda di sana!