Sinaran mentari pagi menyambut kedatangan para peserta di pintu utama Experimental Hall, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. Barisan urusetia sedia menanti dengan penuh senyuman. Dewan yang berada di tingkat 3 itu sedikit demi sedikit dipenuhi peserta. Banner Program KICK OFF 2015 di latar pentas menonjolkan 2 ikon khas untuk program kali ini, Ustaz Haslim Baharim, Duta Qaseh Gold dan Imam Muda Asyraf.
Program bermula dengan Ucap tama dari CEO Ana Edar Sdn Bhd, Encik Luqman Othman dengan pembentangan halatuju syarikat pada tahun 2015. Encik Luqman juga menyentuh mengenai cabaran yang bakal dihadapi. Pesanan beliau, tingkatkan dan konsistenkan momentum supaya dapat meredah aral yang melintang. Fokuskan kepada perkara yang boleh kita ubah, persiapkan diri untuk perkara yang diluar daya kawal kita.
Salah satu hasrat Ana Edar Sdn Bhd pada tahun 2015 adalah untuk membudayakan ilmu dengan mewujudkan Akademi Ana Edar. Dengan prasarana yang sedang dinaiktaraf, InsyaAllah, Ana Edar yakin bahawa hasrat tersebut boleh dicapai.
Fakta nombor bagi tahun 2014, sebanyak 335 ribu botol Qaseh telah terjual. Agihan komisyen dan bonus sebanyak RM 7.127 juta dengan purata 2000 orang yang menerima bonus pada setiap bulan. RM 467,000.00 yang merangkumi zakat dan sumbangan telah diagihkan. Bagi tahun 2015 pula, target RM50,000.00 untuk tujuan tabung sumbangan kepada mangsa banjir ditetapkan untuk dikutip pada Malam Extravaganza. Ini merupakan salah satu manifestasi kepada Jihad Bisnes yang menjadi tonggak kepada Ana Edar Sdn Bhd.
Pada tahun ini juga, Ana Edar mensasarkan target untuk meramaikan rakan niaga yang menerima pendapatan 4 hingga 5 angka setiap bulan. Sebuah program yang diberi nama “kempen 1 juta pengguna” akan dilancarkan pada awal Februari bagi mencapai matlamat ini disamping berkongsi kebaikan Qaseh dengan lebih ramai pengguna.
Antara sistem dan program sokongan yang akan disediakan ialah memantapkan Training System di Ana Edar. En.Luqman berkongsi satu kisah yang menceritakan dua orang yang bekerja sebagai penebang pokok. Kedua-dua mereka menggunakan gergaji yang sama bentuk untuk menebang pokok. Penggergaji pertama terus menerus menggergaji pokok untuk mencapai targetnya. Manakala penggergaji kedua kerap berehat untuk mengasah mata gergajinya. Secara mudahnya, masa yang diambil oleh penggergaji pertama untuk menggergaji pokok adalah lebih lama berbanding penggergaji kedua. Tetapi, di akhirnya, bilangan pokok yang berjaya digergaji oleh mereka adalah sama! Analogi ini memberikan gambaran bahawa, sekiranya kita sentiasa menaiktaraf ilmu kita, maka usaha yang sedikit boleh membuahkan hasil yang banyak, itulah Skill!
Perancangan tahun 2015 juga, Ana Edar Sdn Bhd ingin melangkah lebih jauh dengan mengembangkan jenama Qaseh melalui SinarFM. Pengiklanan komersial bersama SinarFM dijangka menelan kos sebanyak RM150,000.00. Selain itu juga, bagi memanfaatkan medium tanpa sempadan, kursus ‘Online Marketing’ juga bakal diwujudkan.
Satu produk baru yang memfokuskan golongan warga emas akan diperkenalkan pada tahun ini sebagai satu segmen baru produk Qaseh. Produk yang bakal diberi nama ‘Qaseh Premium’ itu lebih dikhususkan kepada warga emas yang merangkumi aspek kesihatan dan mental. Nantikan!
Program diteruskan dengan penampilan Imam Muda Asyraf sebagai ikon perniagaan Islamik. Imam Asyraf berkongsi tentang kisah hidup Imam Bukhari, seorang tokoh besar dalam dunia pengumpulan dan periwayatan hadis. Disebalik kegigihan Imam Bukhari menuntut ilmu, kerja yang dilakukan oleh beliau untuk menyara kehidupan adalah dengan berniaga! Majoriti ulama terdahulu memperniagakan kitab-kitab ilmiah.
Beliau juga mentadbir kisah sejarah Nabii Muhammad S.A.W yang dididik oleh Allah Taala secara berhikmah melaui perniagaan. Sekiranya dicongak, tempoh waktu Nabi berniaga ialah 23 tahun dan tempoh Nabi berdakwah juga selama 23 tahun. Dapat difahami bahawa psikologi dalam berniaga berkait rapat dengan dakwah dan jihad. Bayangkan, selama 23 tahun menjalankan dakwah, Nabi berjaya menarik 124 ribu sahabat untuk memeluk Islam pada ketika itu! Satu strategi unik yang perlu dirungkaikan untuk diamalkan. Tidak hairanlah mengapa nabi berkata bahawa 9/10 daripada kekayaan datangnya dari perniagaan!
Bagi menyerikan majlis, selitan cabutan bertuah juga turut diadakan. 2 sesi cabutan telah dilangsungkan dengan hadiah berupa pelbagai peralatan eletrik.
Slot seterusnya menampilkan Konsultan Ana Edar Sdn Bhd, Encik Nasirun Ngadi yang menggayakan aksi “KICK OFF” sebagai permulaan. En. Nasirun menyentuh mengenai bagaimana rakan niaga boleh mencapai target pada tahun ini. Selain itu juga, bagi peserta yang hadir pada program KICK OFF kali ini, mereka layak untuk menyertai ‘short contest’ yang akan turut menerima anugerah pada Malam Extravaganza nanti. Apakah hadiahnya? Nantikan bersama!
Program berakhir pada pukul 1.00 tengahari diiringi jamuan ringan kepada semua peserta. Diharapakan agar program ini dapat memberi impak permulaan yang terbaik bagi semua rakan niaga untuk mengharungi tahun baru 2015!