Memahami konsep pemasaran di dalam sesuatu perniagaan merupakan antara kunci kejayaan dan kecemerlangan yang perlu dititikbertakan. Ana Edar Sdn Bhd seperti kebiasaannya telah menganjurkan Program Marketing Plan untuk kali yang seterusnya bagi memberi pendidikan perniagaan kepada Rakan Niaga(Rania) dan bakal rakan niaga yang mempunyai minat di dalam perniagaan Ana Edar.
Sebagai sebuah entiti perniagaan berkonsepkan Multi Level Marketing(MLM), Pelan Pemasaran yang mantap dan mapan perlu dipraktikkan oleh semua rakan Niaga bagi membolehkan Ana edar meneruskan legasi perniagaan makanan berasakan Sunnah seterusnya memberi peluang perniagaan dan pendapatan kepada lebih ramai umat Islam di Malaysia khususnya.
Program yang diadakan pada 01.11.2014 bersamaan hari Sabtu telah dikelolakan oleh En. Rosman Che Kassim selaku Pengurus Besar Ana Edar. Antara pengisisn program ialah bagaimana kaedah terbaik yang boleh diaplikasikan oleh rakan niaga bagi mengembangkan lagi “network” atau rangkaian perniagaan selaku pengedar, stokis mahupun rakan niaga. Fitrah sebuah perniagaan MLM, kembangan rangkaian dan komitmen jualan adalah syarat penting bagi membolehkan kelancaran pendapatan setiap ahli. Tidak hanya memfokuskan kepada pendapatan, peserta juga turut didedahkan mengenai kebaikan dan khasiat makanan Sunnah Qaseh Gold sebagai produk utama Ana Edar Sdn Bhd.
Selain itu juga, peserta diajar kaedah paling efektif yang dinamakan 5 : 3 : 20. Kaedah ini telah terbukti keberkesanannya dan berjaya memberi pulangan pendapatan melebihi 5 angka dalam masa 6 bulan!
Anda ingin mengetahui lebih lanjut mengenainya? Sertai kami di program yang seterusnya. Jangan lupa untuk sentiasa melawati web rasmi kami bagi mendapatkan maklumat program-program terkini yang akan diadakan.